SUKAN RAKYAT SHAH ALAM 2 KEMBALI LAGI

9 Jun

Makluman kepada khasnya semua ahli Persatuan Penduduk Shah Alam 2 (PPSA2) dan amnya warga penduduk Shah Alam 2 bahawa Sukan Rakyat Shah Alam 2 kini kembali lagi bagi merebut Piala Shah Alam 2. Sukan ini adalah pertandingan antara fasa.

Tarikh : 20.6.2009 hingga 21.6.2009

Tempat : Padang Bolasepak 2B3, Shah Alam 2.

Acara Terlibat :

Pada 20.6.2009 – Pertandingan bolajaring antara fasa. Bermula jam 8.00 pagi.

Pada 21.6.2009 – Sukan Rakyat Shah Alam 2. Acara-acara yang akan di pertandingkan adalah
konda-kondi (lelaki dewasa), batu seremban (wanita dewasa), bola api (lelaki
dewasa), teng-teng (perempuan bawah 12 tahun), tarik tali (lelaki dewasa),
tarik tali (lelaki bawah 12 tahun) dan kutip gula-gula (kanak-kanak bawah 6
tahun).Sukan Rakyat ini dijangka dirasmikan oleh YB Dato Amiruddin Setro, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jeram. PPSA2 juga sedang berusaha untuk membawa Agensi Anti Dadah Kebangsaan untuk terlibat mengadakan pameran.

Semua ahli PPSA2 yang berminat untuk menyertai sukan ini diminta menghubungi Pengerusi fasa masing-masing.

Kepada ahli PPSA2 yang berminat untuk membuka gerai jualan makanan, minuman dan sebagainya diminta menghubungi Setiausaha PPSA2.

One Response to “SUKAN RAKYAT SHAH ALAM 2 KEMBALI LAGI”

  1. Afandi 2009/06/26 at 1:06 am #

    Assalamualaikum SA2…

    Saya sekali lagi berasa bangga dengan semua penduduk SA2, aktiviti-aktivitinya dan perpaduannya.

    Cuma bila tengok kat gambar tuu apa yang berderet kaum hawa dengan permainan apa tuu, mantap betul.

    Tahniah sekali lagi. Lepas ni bolehlah bawak games tuu ke UK. Ticket dah murah dah…

Leave a reply to Afandi Cancel reply