PENGURUSAN KEMATIAN PENDUDUK 2B7

17 Dec

Pada Sabtu 13.12.2008 yang lepas, seorang warga emas iaitu ibu kepada En Rohaimi yang baru 2 bulan mendiami rumah di Fasa 2B7 telah kembali ke Rahmatullah di rumah anaknya itu. Allahyarhamah berusia 77 tahun dan meninggal kerana sakit tua.

Di kesempatan ini, saya sebagai Pengerusi Persatuan Penduduk Shah Alam 2 mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada setiap individu yang terlibat didalam kerja menguruskan jenazah Allahyarhamah. Terima kasih tak terhingga kepada AJK Persatuan Penduduk, AJK Surau At-Taufiqiyyah, AJK Badan Khairat Kematian Shah Alam 2, AJK JKK Fasa 2B7, Imam yang juga Ahli Majlis MDKS, Ustazah Hajjah Rohani dari Fasa 2 dan AJK Muslimat surau dan Badan Khairat.

Kombinasi berpasukan dengan semangat kerjasama yang tinggi telah sekali lagi terbukti semasa kerja pengurusan jenazah tersebut dilakukan. Alhamdulillah, segala kerja ini berjalan dengan lancar. Semuga individu yang terlibat tersebut akan mendapat rahmat dari Allah swt. Insyaallah.

Sekian.
Ikhlas dari,

Ahmad Zabidi Zainal Abidin
Pengerusi PPSA2

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: