KEBAKARAN RUMAH DI FASA 2B5

16 Dec




Semalam 15.12.2008 lebih kurang jam 11.10 pagi, sebuah rumah beralamat di No 10, Lorong Az-Zaharah 10/11 telah terbakar. Rumah yang terlibat ini tidak berpenghuni namun dijadikan sebagai setor menyimpan barang. Empat jentera Bomba dari Balai Batang Berjuntai dan Shah Alam tiba jam 11.45 pagi. Namun tindakan pantas beberapa penduduk yang menggunakan ‘hydrant hose’ telah berjaya mengawal api dari merebak ke rumah bersebelahan dan rumah belakang sebelum ketibaan pasukan Bomba. Mujur ‘hydrant hose’ yang di pinjam untuk program khatan beramai-ramai masih disimpan dan belum di pulang. Tahniah dan terima kasih kepada penduduk-penduduk yang bertungkus-lumus mengawal kebakaran terutama kepada En Zuki 2B5, En Razak Ahmad, En Kamal Myanmar, En Zamri Cengkudu dan beberapa sahabat yang lain. Semangat kejiranan dan kerjasama demi menjaga kepentingan penduduk setempat seperti ini harus di kekalkan.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: