Majlis Mesra Keluarga SA2 & Anak Yatim Damai Kuang Meriah

31 Jul





Majlis Mesra Keluarga SA2 bersama anak-anak yatim Asrama Damai, Kuang, Selangor yang diadakan pada 26 Julai, 2008 yang lepas meriah. Selama hampir 10 jam keluarga dari Shah Alam 2 (SA2) berkampong di Asrama Damai Anak Yatim Kuang merai dan bermesra dengan anak-anak yang kurang bernasib baik tersebut. Majlis anjuran Persatuan Penduduk Shah Alam 2 (PPSA2) ini diadakan atas kerjasama Surau At-Taufiqiyyah, Kozzanun Sdn Bhd dan Tadika Nur Prisma.

Majlis bermula seawal jam 7.00 pagi dengan aktiviti-aktiviti seperti menyembelih, melapah seekor lembu, gotong-royong memasak kenduri, sukaneka, bolasepak dewasa & kanak-kanak, ping-pong dan makan durian beramai-ramai. Mungkin hari tersebut adalah antara hari yang penuh gelak ketawa untuk penghuni asrama tersebut. Melalui majlis ini juga orang ramai terutama ibubapa dari Shah Alam 2 dapat menyelami masalah yang di hadapi oleh penghuni asrama anak yatim ini dengan lebih dekat. Berikutan itu, PPSA2 mengharapkan penduduk SA2 dapat menghulurkan bantuan berupa keperluan anak-anak perempuan remaja, buku ulangkaji PMR & SPM, 3 buah seterika, 3 buah ‘iron board’ dan bantuan kewangan. Penduduk yang berhasrat untuk bersedekah jariah ini bolehlah menghubungi mana-mana AJK PPSA2.

Pada sebelah tengahari telah berlansung upacara penyampaian hadiah kepada peserta-peserta sukan dan sukaneka. Pada upacara tersebut juga PPSA2 telah menyampaikan wang tunai dan barang-barang keperluan makanan berupa beras, minyak masak, gula dan susu yang di sedekah oleh penduduk SA2 kepada Pengetua Asrama Damai iaitu Ustaz Suhaimi. Majlis berakhir dengan jamuan makan tengahari.

PPSA2 amat berterimakasih kepada ibubapa, keluarga dan individu-individu dari Shah Alam 2 yang telah bersedekah dan yang dapat hadir memeriahkan majlis tersebut.

Semuga aktiviti amal seperti ini akan dapat di jalankan lagi dimasa akan datang. InsyaAllah.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: