Adik Nurul Fara Syafiqah mengidap Leukimia perlukan bantuan dan sokongan semua

12 Mar

20 Oktober 2007, Klang – Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan telah menziarahi adik Nurul Fara Syafiqah yang mengidapi penyakit Leukimia atau barah darah. Adik Nurul Fara baru berusia 1 tahun 8 bulan adalah anak kesayangan Sdr Suhaimi yang juga Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor. Ketika lawatan adik Nurul sedang di rawat di Hospital Tuanku Rahimah Klang dan akan menjalani pembedahan untuk mengambil air sum-sum tulang bagi memudahkan kajian mengenai penyakitnya pada paras normal atau sebaliknya pada hari Isnin (22 Oct 2007).

Ibubapa mana yang tidak risau mengenangkan penyakit anaknya lebih-lebih lagi penyakit yang agak tinggi risikonya. Lawatan tersebut telah di hadiri oleh Pengerusi LKK DPPNS, Sdr Azri dan Ajk LKK DPPNS, Sdr Aslam bersama-sama keluarga masing-masing bagi memberikan sokongan moral kepada keluarga adik Nurul . Turut bersama di hospital tersebut adalah ibubapa adik Nurul iaitu Puan Noor Hana Kamarudin dan Suhaimi Ismail.

Menurut Sdr Suhaimi, anaknya akan di bedah pada hari Isnin dan besar kemungkinan akan di pindahkan ke Pusat Perubatan Univerisiti Malaya (PPIUM) seminggu selepas pembedahan untuk menjalani rawatan lanjut. Nurul Fara adalah anak ketiga dan yang bongsu dari 4 beradik.

Dalam lawatan tersebut Lajnah Kebajikan DPPNS telah menghulurkan sedikit buah tangan dan sumbangan kepada Sdr Suhaimi untuk adik Nurul Fara.

Jika ada sesiapa yang membaca maklumat ini dan ingin menghulurkan sumbangan sila hubungi Sdr Suhaimi di talian 012-3596516 atau melalui akaun Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan DPPNS di Bank Rakyat; 220571136473. Selepas bank in SMS @019-2231299 or 019-3843962.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: