SUKAN SA2 2007 – BOLASEPAK 12 TAHUN KEBAWAH

20 Aug

Pada hari Ahad (19.8.2007) yang lepas telah berlansung Pertandingan Bolasepak Bawah 12 Tahun
iaitu salah satu acara didalam Sukan Shah Alam 2 Tahun 2007.

Berikut adalah senarai kedudukan pasukan setelah tamat perlawanan :

Juara : 2B2
Naib Juara : 2B4
Ketiga : 2B1
Ke empat : 2B6
Ke lima : 2B3

Pasukan tidak bertanding :

2B7 : Pemain-pemain masih dalam akedemi bolasepak 2B7. Kebanyakan pemain masih
belajar tadika. FA 2B7 telah membuat sasaran atau target menjadi juara pada tahun
2012. Dua pemain yang layak bertanding telah di serapkan ke pasukan lain.

2B5 : Pasukan tidak dapat di bentuk kerana kesuntukan masa dan pihak FA 2B5 berpendapat
tarikh perlawanan tidak sesuai yang mana akan mengganggu persediaan UPSR semua
pemain.

Hari pertandingan tersebut amat meriah penuh dengan hilai ketawa menonton gelagat anak-anak bermain bola, senda gurau penyokong pasukan terutama ibubapa keluarga pemain dan jeritan arahan jurulatih pasukan.

Tahniah pasukan 2B2 yang telah menjadi juara sulung sekali gus merangkul Piala Pusingan sumbangan En. Zamri Cengkudu ( D’puncak Jaya Renovation & Construction ) beserta medal setiap pemain. Juara ini telah di arak mengelilingi kawasan Shah Alam 2 dengan di iringi ribuan motosikal berkuasa tinggi.

Untuk pasukan bertanding yang lain diharap akan meningkatkan mutu pasukan untuk pertandingan tahunan hadapan. Namun semangat bertanding yang ditunjukkan oleh anak-anak kita amat di banggakan terutamanya pasukan 2B1 dan 2B3 yang menurunkan rata-rata pemain Tahun 1 dan 2 tetapi masih mampu memberi tentangan dan kejutan.





Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: