SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG DARI PENGERUSI PPSA2

16 May
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua warga Shah Alam 2.

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah swt diatas limpah kurniaNya, proses Mesyuarat Agong Tahunan ke 3 yang lepas berjalan dengan licin, aman dan harmoni berbekalkan semangat kejiranan dan setiakawan yang telah 4 tahun bertunas.

Saya juga mengucapkan jutaan terimakasih kepada seluruh ahli Persatuan Penduduk Shah Alam 2 (PPSA2) dan sebahagian warga penduduk Shah Alam 2 yang telah mengorbankan waktu emas berehat hujung minggu mereka semata-mata untuk menghadiri mesyuarat agong pada tahun ini.

Tahniah, selamat menggalas mandat yang diberi ahli persatuan dengan penuh ikhlas kepada individu yang terpilih menjawat jawatan didalam Ahli Jawatankuasa (AJK) persatuan.

Kepada bekas AJK yang tidak lagi memegang jawatan, terima kasih daun keladi diatas jasa dan pengorbanan yang telah diberi. Jasamu tetap dikenang.

Selaku pengerusi PPSA2 dan secara lansung akan mengepalai masyarakat Shah Alam 2, saya berharap akan mendapat kerjasama penuh dari AJK, ahli persatuan dan warga penduduk didalam merencana seterusnya merealisasikan agenda masyarakat. Keutuhan masyarakat wajib dikekalkan dan diperkuat agar mungkin menjadi contoh dikejiranan Bandar Puncak Alam ini.

Beberapa agenda pada penggal lepas yang tergendala atau gagal, insyaAllah akan diteruskan. Antaranya, masalah keselamatan, masalah kualiti perkhidmatan Majlis Daerah yang membuat sebahagian penduduk inkar membayar cukai pintu dan masalah yang melibatkan syarikat pemaju. Aktiviti mencegah maksiat dan keruntuhan moral dikalangan remaja akan terus dipantau dan dicegah walaupun hanya sebahagian kecil ahli yang komited menyertai pasukan pencegah ini.

Warga Shah Alam 2 yang masih berhibernasi dan enggan menyertai aktiviti kemasyarakatan perlu bangkit serta berubah. Tinggalkan perasaan malu, pekakkan telinga pada hasutan negatif, luangkan masa walau sesebuk mana pun untuk membina kekuatan ukhwah demi kepentingan bersama. Ahli persatuan yang telah berdaftar hanya satu pertiga dari jumlah keseluruhan penduduk. Bilangan ahli Khairat Kematian juga memberikan angka yang menyedihkan. Kita perlu ingat, jiran dan masyarakatlah yang paling hampir dengan kita berbanding kaum keluarga kita sendiri. Sampai kemanalah sangat jika pangkat dan jawatan yang kita jadikan ukuran untuk bersahabat. Ular menyusur akar tidakkan hilang bisanya. Ular tetap ular.

Ayuhlah kita berganding bahu dan bersatu untuk membina masyarakat Shah Alam 2 yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Lupakan perbezaan ideologi politik, status jawatan dan perbezaan etnit. Imarahkan surau, ramaikan penglibatan didalam aktiviti masyarakat dan tingkatkan semangat kejiranan.
InsyaAllah dan semoga Allah akan memberkati masyarakat Shah Alam 2 ini.

Sekian, wassalam.

Ikhlas,

Ahmad Zabidi Bin Zainal Abidin
Pengerusi
Persatuan Penduduk Shah Alam 2

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: