MESYUARAT AGONG TAHUNAN 2007 PERSATUAN PENDUDUK SA2

17 Apr

Assalamualaikum,

Seperti tertera pada tajuk diatas, Mesyuarat Agong Tahunan (AGM) Persatuan Penduduk Shah Alam 2 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 6 Mei, 2007 ( Ahad )

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Dewan Gemilang, Sek. Keb. Puncak Alam 2

Agenda Mesyuarat

1. Mengesahkan minit mesyuarat agong 2006.
2. Pembentangan dan pengesahan laporan kewangan 2006.
3. Perlantikan Pengerusi Mesyuarat Tetap.
4. Pembubaran AJK sesi 2005 / 2007.
5. Pengundian dan perlantikan AJK sesi 2007 / 2009.
6. Penangguhan mesyuarat.

Pada tarikh tersebut juga, kaunter-kaunter akan dibuka untuk tujuan pendaftaran ahli baru, pembayaran yuran tahunan ahli sediada dan catitan kedatangan.

Mesyuarat ini akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Haris Bin Kasim, Yang Di Pertua, Majlis Daerah Kuala Selangor.

Ahli Jawatan Kuasa persatuan ingin memohon maaf diatas sedikit kelewatan untuk mengadakan
mesyuarat agong ini kerana atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Antaranya adalah kerana masalah dewan sekolah yang tidak dapat digunakan sehingga akhir Februari dan beberapa masalah lain. Namun, mengikut perlembagaan persatuan (Fasal 7, perkara ‘e’) iaitu mesyuarat agong tahunan hendaklah dibuat tidak lewat daripada 31 Disember pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Ahli Jawatan Kuasa.

Maka dengan itu, Ahli Jawatan Kuasa persatuan menggesa kesemua ahli persatuan dan seluruh penduduk Shah Alam 2 agar dapat menghadiri mesyuarat ini bagi merealisasikan agenda persatuan untuk kepentingan masyarakat setempat.

Inilah masanya untuk penduduk yang masih belum mendaftar sebagai ahli untuk berbuat demikian. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Apalah ertinya kali jika tiada ikan, apalah ertinya punggok jika tiada bulan, apalah ertinya persatuan jika tiada ahli.

Sekian, wassalam.

Yang benar,

Ahmad Zabidi Bin Zainal Abidin
Timbalan Pengerusi,
Persatuan Penduduk Shah Alam 2.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: