Pelajar 18 A ditawar tajaan RM250,000

15 Mar

KOTA BHARU: Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Siti Fatimah Mukhtar, 17, yang memperoleh 18 A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006, ditawarkan biasiswa RM250,000 bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.

Tawaran Kerajaan Negeri Kelantan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Nik Mohd Amar Nik Abdullah, yang menemui pelajar itu di sekolah berkenaan, semalam.Siti Fatimah berkata, beliau menerima biasiswa itu untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Asia Barat kerana memang berminat mendalami bidang perubatan di sana.

Nik Mohd Amar berkata, Siti Fatimah yang juga anak ketujuh daripada lapan beradik dianggap pelajar terbaik negara oleh kerajaan negeri, layak menerima biasiswa melanjutkan pengajian dalam bidang itu.“Kerajaan negeri meluluskan biasiswa untuk Siti Fatimah kerana beliau melakar sejarah kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) memperoleh 18 A.

“Kita mencadangkan Asia Barat kerana Siti Fatimah berlatar belakang pendidikan agama dan tahfiz. Selain perubatan, beliau boleh mendalami Bahasa Arab serta menghabiskan tahfiz al-Quran,” katanya.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: