TANGKAPAN KHALWAT

13 Mar

Assalamualaikum,

Pada jam 6.00 petang Ahad(11.3.07) yang lepas, pasukan UTK SA2 telah mendapat maklumat dari penduduk tentang satu pasangan yang disyaki berkhalwat. Sasaran adalah rumah beralamat no.XX, Lorong 9/7, 2B3. Setelah dikepung oleh pasukan UTK berkekuatan 20 anggota, ternyata pintu rumah berkunci dan langsir bertutup kemas.

15 minit kemudian, suspek lelaki telah keluar dari rumah sambil mendukung anak kecil mungkin sebagai pelindung diri. Setelah disoal siasat, terbukti pasangan tersebut adalah bukan muhrim dan alasan demi alasan yang diberi langsung tidak masuk akal atau boleh diterima. Suspek lelaki sebelum ini pernah dikejar pada jam 3.00 pagi tetapi bolos mungkin disebabkan oleh taktik operasi yang kurang kemas.

Penguatkuasa Jais dan Polis dihubungi dan pasangan tersebut telah di bawa ke Balai Polis Jeram pada jam 7.00 malam. Aduan selesai di buat pada jam 9.00 malam dan pasangan tersebut
diserahkan kepada Pasukan Polis untuk tindakan lanjut.

Jutaan tahniah di ucapkan kepada anggota UTK iaitu gabungan pimpinan dan ahli penduduk, surau dan tentunya G8. Satu lagi kejayaan walaupun umum masih bersedih atas pemergian salah
seorang anggota pasukan ini.

Kepada warga SA2 yang berminat menyertai pasukan elit ini, boleh lah berbuat demikian dengan memaklumkan hasrat mereka kepada Imam, Timb. Pengerusi PPSA2 atau Pengerusi Khairat asalkan mereka ini layak terhadap syarat-syarat yang ditetapkan. Syarat-syarat tersebut adalah :
1. Ahli PPSA2.
2. Rajin ke surau dan terlibat dengan aktiviti surau.
3. Sanggup hadirkan diri bila dihubungi pada sebarang masa untuk apa jua keadaan.
4. Aktif dalam kegiatan masyarakat di SA2.
5. Tidak mementingkan status dan pangkat pekerjaan.

Semuga dengan usaha pasukan ini akan memberi kesejahteraan kepada masyarakat di SA2 disamping dapat menghindarkan maksiat dan membenteras jenayah.

Sekian untuk kali ini. Wassalam.

Laporan oleh :
Zabidi 2B3.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: