JOM MASAK BUBUR ASYURA

29 Jan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Hari ni baru subscribe kat SA2 groups email nih..
Tima kacih pakcik moderator. Macam meriah jer
nampaknya kat group nih..

Pertamanya saya nak ucapkan terima kasih kepada semua
yang telah menolong, membantu, bergotong-royong, ringankan
tulang, bekerjasama, bla.. bla.. blaa
di dalam persiapan Forum Maal Hijrah semalam. Semoga
Allah jua yang dapat membalas jasa tuan-tuan sekalian.

Keduanya, seperti yang diumumkan semalam, InsyaAllah
hari ahad depan (4 Febuari 2007) akan diadakan sekali lagi
menolong, membantu, bergotong-royong, ringankan tulang,
bekerjasama, bla.. bla.. blaa bagi memasak bubur asyura.
Pakcik Johaimi telah memaklumkan kepada saya bahawa
semua rempah2 telah ditempah dan cadangannya untuk
memasak 2 kawah besar bubur asyura. Pagi tadi beliau
dengan mek beliau telah pergi ke surau dan katanya kawah
yang ada kat surau tu kecil, so ada kawan kita dah dapatkan
sebuah dari fasa 1 kawah besar dan masih perlukan 1 lagi..
Saya cuba dapatkan kalau ada dari surau Fasa 2 cuma
kalau ada sesiapa yang ada simpan kawah kat rumah tu
maklum-maklumkan laa kat saya.. tak perlu pinjam dari
tempat lain.

Dengar citer, hari ni (29/Jan/07) ada kenduri bubur asyura
kat Az-Zaharah menu bubur asyura utara. Kalau ada cadangan
atau budget lebih kita boleh buatkan 2 menu.. bubur asyura
pantai timur dan utara..

So, saya taip panjang2 ni bukan apa.. nak minta laa tolong
hulur-hulurkan sikit apa yang ada dalam poket masing-
masing tu untuk bubur asyura nanti. Tak dapat bagi sikit
banyak pun tak apa. Yang lebih tu kira sedekah kat surau.

Lupa plak, ahad depan jam 9.00 pagi beramai2 laa datang
ke surau untuk kacau bubur asyura.

Wassalam
DARI IMAM ROSHAM

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: