Kelebihan Berpeleseran Di Kedai Kopi Dari Kacamata G8

18 Jan

Activity berpeleseran di kedai kopi sehingga jauh malam sudah menjadi rutin bagi sekelian ahli G8 dan yang bersekutu dengannya.Memanglah pada mereka yang tidak pernah bersekongkol dengan kumpulan ini akan merasa hairan dan pelik yang amat sangat akan activity yang pada mereka mungkin membuang masa dan tiada faedah ini. Walaubagaimana pun bagi ahli G8 mereka mempunyai sebab sebab yang tersendiri mengapa activity ini sering dan akan terus dilakukan.

Saya akan cuba mengupas isu ini dari sudut pandangan ahli G8 itu sendiri, mengapakah mereka melakukan avtiviti yang sedemikian. Activity ini biasanya di adakan 2 atau 3 kali seminggu atau jika terdapat sesuatu perkara atau isu yang memerlukan pada pertemuan atau perbincangan di luar garisan protokol.Waktu bermukanya ialah sekitar jam 10.30 malam ke atas. Venue pula biasanya kedai kopi Yakin di Fasa 2. Suatu masa dahulu pertemuan ini di adakan amat kerap,sementelaah pula ketika itu ketua G8 iaitu En. Shah masih tinggal di sini. Lagipun pada masa itu Restoren S.A.2 masih beroperasi dan menyediakan kemudahan layar besar untuk menonton perlawanan liga Inggeris. Akan tetapi pada masa sekarang activity ini agak perlahan atau berkurangan kerana beberapa factor, antaranya;

a)Ketiadaan ketua yang masih belum ada galang ganti.
b)Tempat yang sesuai
c)Kesibukan ahli

Sejarah activity ini bermula dari kebosanan yang menimpa sesetengah jemaah surau apabila selesai sholat berjemaah fardu Isyak. Di fahamkan ahli asal kumpulan ini ialah 2 orang, iaitu En Wahab dan En Shah. Lama kelamaan influent dari mereka berdua ini telah berjaya mempengaruhi sebahagian besar jemaah yang lain. Walaubagaimanapun pengasas kumpulan ini sudah tidak aktif lagi di atas beberapa sebab,contohnya En Shah, beliau telah berpindah ke negeri kelahiran beliau iaitu negeri Cik Siti Wan Kembang. Latar belakang ahli ahli kumpulan ini adalah perbagai, tetapi kebanyakannya adalah profesional atau golongan pertengahan seperti pensyarah university, juru audit, jurutera, banker’s, pakar IT, pengurus,usahawan dan sebagainya.

Kebiasaannya cara kumpulan ini mendapatkan ahli untuk bersidang adalah simple sahaja, iaitu dengan menghantar pesanan ringkas atau cara provokasi yang ‘lembut’ dengan menggelarkan mereka mereka yang tidak memberi respon sebagai ‘golongan takut bini’. Nampaknya pendekatan ini sangat berkesan untuk menarik ahli ahli kumpulan ini meninggalkan anak isteri di rumah pada waktu malam untuk ‘bersidang’. Walau apa pun alasannya, sebenarnya tiada sebab untuk para isteri tidak membenarkan suami mereka keluar malam di Shah Alam 2 ini kerana di sini saluran kemudahan kemudahan maksiat ni memang tidak ada lagi, seperti disko, karoake dan sebagainya.

Perbincangan kumpulan ini melangkaui perlbagai topic seperti, gossip, isu semasa, politic, agama, ekonomi,sosial dan sebagainya. Seringkali juga ‘forum’ tidak rasmi ini di gunakan untuk merancang activity activity penduduk dan surau. Sudah sekelian banyak buah fikiran dan idea idea yang bernas di hasilkan hasil daripada pertemuan,perdebatan dan perbincangan kumpulan ini. Hatta activity ini juga di percayai digunakan oleh golongan golongan tertentu untuk meraih pengaruh peribadi khususnya untuk pemilihan AJK Penduduk. Sejauh mana kebenarannya?.hanya ahli yang mengetahuinya.

Kebiasaannya jika ada isu isu yang berbangkit di kawasan perumahan SA2, ianya akan pasti di bahaskan,di resolusikan dan di sahkan di meja kedai kopi ini sebelum di bawa ke mesyuarat rasmi. Permasaalahan sekolah, PIBG, pencegahan maksiat, kematian dan segala macam isu yang lain tidak ketinggalan di bahaskan di ‘parlimen’ kedai kopi ini. Selain dari itu ianya juga menjadi medan untuk bertanya khabar, promosi jualan langsung, skim cepat kaya, perniagaan separuh masa, seperti En Cengkudu dan En Naja.
Parlimen kedai kopi ini sangat berpengaruh sebenarnya dalam menjana segala activity di Shah Alam 2 terutamanya bagi fasa 2b1,2b2 dan 2b3 dan kegiatan sukan. Khabarnya mereka ini tidak akan teragak agak untuk memboikot atau menentang apa apa perkara atau resolusi yang di putuskan di meja meja rasmi persatuan atau Surau?..Apapun semua ini adalah untuk kebaikan kerana tahap profesionalisme yang tinggi di kalangan mereka tidak memungkinkan kepada tindakan yang akan membawa keburukan kepada SA2.

Tempoh pertemuan atau perbincangan tidaklah di hadkan..tetapi kebiasaannya sehingga pintu kedai telah di tutup atau sampai waktu dinihari, 1- 2.30 pagi, bergantung pada hari pertemuan samada hari bekerja atau hujung minggu. Tiadalah mereka peduli akan embun jantan atau betina yang turun. Tuan empunya kedai sangat sporting dan amat memahami kumpulan ini dan tidak pernah timbul masalah walau mereka mereka ini bukan lah profitable customer!.Selain dari perbincangan, perdebatan, kutuk mengutuk, perli memerli, hina menghina, sindir menyindir(dalam suasana mesra) kewujudan kumpulan ini juga secara tidak langsung menjadi pengawal keselamatan tidak rasmi bagi SA2. Acap kali sebelum pulang dari ‘persidangan’ mereka akan membuat rondaan tidak rasmi di sekitar SA2. Perhubungan sesama mereka sangatlah erat walau berlainan bangsa dan keturunan hatta jika sesuatu perkara yang mana ahli mereka memerlukan bantuan mereka tidak akan teragak agak untuk membantu menyediakan apa saja keperluan seperti kenderaan syarikat di mana mereka bekerja, tools dari tempat kerja dan sebagainya.

Walaubagaimanapun sejak akhir akhir ini activity kumpulan ini agak perlahan kerana seperti yang telah di sebutkan di atas, ketiadaan pemimpin kumpulan yang berkaliber hampir melumpuhkan terus activity persidangan di kedai kopi ini. Oleh kerana itu khabarnya pertemuan hanyalah di mulakan jika ada ahli ahli yang ‘berkelapangan’ atau sesiapa juga boleh initiate SMS dan jika ada isu isu yang mendesak.
Persaingan yang sengit dengan ‘kedai kopi’ di Surau juga mempengaruhi keadaan semasa activity kumpulan ini. Di samping tempat yang lebih selesa, makanan dan minuman percuma, chef bertaraf bintang dan sudah tentu alasan yang akan di berikan kepada isteri adalah lebih kukuh jika ‘melepak’ di Surau adalah antara factor yang memberikan saingan sengit kepada kumpulan ini. Bukanlah menjadi satu kehairanan kalau ramai yang ke Surau adalah lebih kepada tarikan ‘kedai kopi’ baru ini berbanding dengan tuntutan agama itu sendiri. Walau apa pun kita perlu positive, sekurang kurangnya ia mampu menarik orang ramai ke Surau. Kesibukan ahli ahli tertentu juga menjadi factor penyumbang kepada kelesuan activity ini.Ada kalangan anggota yang sibuk dengan projek ‘menternak’ lada, ‘menternak’ pokok Gaharu dan sebagainya di samping ada juga yang sering outstation.

Di samping itu juga avticity malam di kedai kopi ini juga jika dilihat dari sudut yang lain ada juga kebaikan yang lain, contohnya jenis jenis minuman yang di minum semasa pertemuan tersebut adalah lebih kepada minuman untuk kesihatan dalaman seperti kopi jantan, kopi tongkat ali, teh cengkudu dan sebagainya, Ini secara tidak langsung menyumbang kepada keharmonian rumahtangga masing masing.(sejauh mana kebenaranya? Wallahuallam).

Apapun terpulanglah pada pandangan dari perspektif masing masing untuk menilai sejauh mana kewujudan kumpulan ini memberi munafaat kepada SA2,apapun kepada ahli ahli sudah tentu ianya satu platform yang sangat berguna kepada mereka kerana hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam.

Pandangan ini tidak semestinya betul..Tepok Dada Tanya Selera.



Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: