17 Jan

What A Feeling ….

Assalamualaikum ..

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan berita yang baru di sampaikan oleh sahabat kita Banjar Batu Pahat bahawasanya keadaan rakan kita Mohammad Bali semakin pulih. Dan syukur juga kita kepada Allah kerana pada malam tadi selepas solat Isyak kita berkesempatan menunaikan sebahagian dari tanggungjawab kita sebagai rakan dan anggota masyarakat yang perihatin iaitu mengadakan sembahyang hajat memohon kepada Allah semoga rakan kita ini akan segera sembuh.

Walaubagaimana pun tabung derma kilat tidak dapat kita lancarkan pada malam tadi kerana ada beberapa masalah ‘technical’. InsyaAllah tabung tersebut akan di lancarkan pada malam ini. Saya sangat berharap sekiranya saya tidak dapat hadir pada malam ini di surau,hasrat murni ini akan dapat di lakukan oleh rakan rakan yang lain.

Pada malam tadi juga kita(Zabidi,Jamal,Abg Haris) telah berkesempatan berkunjung ke rumah saudara Mohammad untuk menguruskan soal persekolahan anak anak beliau yang mana kami di fahamkan telah tertangguh kerana masalah pengangkutan.Alhamdulliah urusan pengangkutan untuk anak anak beliau telah dapat di selesaikan dengan bantuan PIBG sekolah,sahabat sahabat yang perihatin dan perbincangan dengan pengusaha van pengangkutan ke sekolah. Kami juga telah berhubung dengan beliau pada malam tadi dan beliau mengucapkan berbanyak terima kasih di atas keperihatinan penduduk dan sahabat sahabat sekalian.

Tentulah renungan yang dapat kita buat dari peristiwa ini ialah betapa pentingnya kita hidup bermasyarakat,berjiran dan bertegur sapa di antara penduduk. Kekuatan konsep inilah yang sebenarnya banyak menolong kita disaat kita memerlukan. Mana mungkin saudara mara atau adik beradik kita sentiasa ada kelapangan di saat kita memerlukan mereka. Kita tidak akan dapat lari,kita memerlukan masyarakat dan beruntunglah kita jika masyarakat yang kita gauli, campuri adalah masyarakat yang perihatin. Dan sudah barang tentulah keperihatinan ini tidak akan datang sendiri, melainkan kita sendiri juga memasyarakatkan diri kita dengan mendekatkan diri kita dengan activiti activiti sosial, keagamaan, sukan dan sebagainya yang di anjurkan oleh masyarakat setempat.

Inilah ciri ciri keunikan Shah Alam 2 yang harus kita kekalkan,kita pupuk,kita pertahankan dan bersamalah kita menjadikan Shah Alam 2 sebagai ‘home sweet home’ kita, sebagai tempat yang sesuai dan seronok untuk diduduki.

Sebagaimana yang kita tahu pada hari Sabtu ini bersamaan dengan 20 hb January 2007 ataupun 1 Muharram 1428 Hijrah kita umat Islam akan menyambut tahun baru bagi kalendar takwim Islam. Bersempena dengan hari tersebut Surau At-Taufiqiyyah telah merancang satu program Aqiqah(hajat individu), seterusnya di adakan kenduri pada sebelah malamnya beserta dengan majlis ceramah Maal Hijrah. Di fahamkan juga kumpulan G8 dan kumpulan lain yang bersekutu dengannya akan menaja seekor kambing untuk tujuan kenduri tersebut selain dari lembu aqiqah yang tersebut. Untuk tujuan tersebut wakil G8, saudara Hawari sedang giat menjalankan kutipan untuk membiayai tajaan tersebut.
Tajaan ini sebenarnya mempunyai nilai yang tersendiri yang mana ianya bertitik tolak dari beberapa peristiwa yang berlaku semasa majlis korban di Surau yang sama tempohari.Tak perlulah dijelaskan di sini apakah peristiwa tersebut tetapi yang penting ialah semangat kekeluargaaan dan persahabatan yang mendalam di antara rakan rakan jemaahlah yang membawa kepada penajaan seekor kambing ini.

Marilah kita bersama sama datang untuk bergotong royong menyempurnakan majlis tersebut. Tunjukkanlah kemesraan dan keunikan Shah Alam 2 kepada community yang lain. Tiada sempadan taraf antara kita. Tiada penghalang umur di antara kita. Adalah di harapkan segala persetujuan dan resolusi resolusi yang telah di persetujui di dalam perbincangan tentang majlis ini pada minggu lepas akan berjalan dengan lancar seperti pembahagian tugas (Menyembelih,Melapah,Memasak), menu, peralatan, bahan bahan untuk masakan, pembelian lembu dan kambing, tukang masak dan sebagainya.Kalau perlu kita lancarkan terus tabung derma untuk saudara Mohammad pada hari tersebut.

Selamat Menyambut Tahun Baru 1428 Hijrah.

From Puncak Alam With Love.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: