16 Jan

UiTM mahu wujudkan bandar perubatan

Oleh: MARHAINI KAMARUDDIN

PUTRAJAYA 18 Julai – Universiti Teknologi MARA (UiTM) menetapkan sasaran untuk mewujudkan bandar perubatan yang pertama di negara ini di kampus universiti itu di Puncak Alam pada tahun 2010.

Naib Canselornya, Datuk Seri Profesor Dr. Ibrahim Abu Shah berkata, pengwujudan bandar itu yang mengikut konsep seperti di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bukan sahaja terhad kepada perubatan semata-mata bahkan menawarkan gabungan semua bidang yang berkaitan termasuk farmasi, perniagaan, kejuruteraan, hotel dan pelancongan.

“Kita mempunyai aspirasi dan wawasan untuk menyediakan kepakaran perubatan yang terbaik dan dari situ timbul idea untuk mewujudkan bandar perubatan selewat-lewatnya pada 2020 tetapi paling cepat pada 2010,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sebelum majlis penutup Persidangan Tahunan Ketujuh Mengenai Pembangunan Rawatan Kardiologi dan Kardiovaskular di Pusat Konvensyen Putrajaya (PCC) di sini hari ini.

Menurut Dr. Ibrahim, sehingga kini konsep bandar perubatan itu hanya terdapat di Dubai dan Amerika Syarikat.

Beliau memberitahu idea mewujudkan bandar itu juga sejajar dengan pembinaan kampus baru UiTM seluas 400 hektar di Puncak Alam, Selangor yang bakal menempatkan Fakulti Perubatan universiti itu.

Walaupun baru berusia dua tahun, Dr. Ibrahim bangga kerana Fakulti Perubatan universiti itu di bawah Dekannya, Datuk Profesor Dr. Khalid Yusoff telah menjadikannya proaktif dan berkembang baik.

Dengan kumpulan pertama sebanyak 20 orang, pelajar fakulti tersebut kini berkembang menjadi 63 orang di bawah 35 tenaga pengajar.

“Dengan masalah kekurangan tenaga pakar perubatan yang banyak diperkatakan akhir-akhir ini, UiTM cuba membantu menyediakannya melalui pelajar fakulti tersebut.

“Kita mengehadkan pengambilan pelajar fakulti pada jumlah yang kecil kerana kita mahu memilih di kalangan yang terbaik agar dapat mengekalkan standard pelajar,” katanya.

Dr. Ibrahim berharap cadangan mewujudkan bandar perubatan itu yang kini di peringkat perbincangan akan mendapat persetujuan dan sokongan kerajaan untuk dijayakan bagi membantu mencapai matlamat Malaysia menjadi negara pelancongan perubatan.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: