16 Jan

Pemaju Puncak Alam bina jalan baru

MERUJUK kepada aduan Warga Puncak Alam yang disiarkan pada 30 Jun 2006 di ruangan Forum, Puncak Alam Housing Sdn. Bhd., selaku pemaju Bandar Puncak Alam dengan ini memberi penjelasan mengenai aduan keadaan jalan yang berlubang di laluan masuk utama Bandar Puncak Alam.

Sukacita pihak syarikat menjelaskan bahawa awal Jun 2006, kerja-kerja pembinaan serta menaiktaraf jalan sedang dilaksanakan di jalan utama Bandar Puncak Alam iaitu Persiaran Puncak Alam 1. Semenjak kerja-kerja penaiktarafan jalan dimulakan, terdapat banyak kenderaan berat keluar masuk melalui jalan utama dan menyebabkan jalan mudah rosak.

Oleh itu, kerjasama penduduk adalah diharapkan agar dapat bersabar atas segala kesulitan yang timbul akibat dari kerja-kerja menaiktaraf jalan tersebut.

Walaubagaimanapun tindakan segera telah diambil oleh syarikat untuk membaiki jalan-jalan berlubang tersebut.

Pihak Syarikat berharap agar ‘Warga Bandar Puncak Alam’ dapat memberi kerjasama dan bersabar di atas segala kesulitan yang timbul semasa pembinaan menaiktaraf jalan dilakukan.

– FARZIYAH MOHD FADZIL, Pengurus Komunikasi Korporat, Puncak Alam Housing Sdn. Bhd.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: