16 Jan

Ibu kesal pegawai bertugas tiada di klinik

PADA hari Sabtu, 16 September 2006, anak saya berusia 2 tahun telah diserang penyakit asma. Oleh kerana hari telah lewat malam dan semua klinik di Puncak Alam telah ditutup, maka saya telah membawanya ke bahagian kecemasan di Klinik Kesihatan Kecil, Meru, Klang.

Kami tiba di klinik kira-kira pukul 11.20 malam. Suami saya telah merujuk ke papan kenyataan untuk melihat nama pegawai yang bertugas pada malam itu. Kami lihat rumah pegawai yang bertugas gelap gelita seperti tidak berpenghuni tetapi keretanya ada diletakkan di luar rumah.

Beberapa rumah lain yang bersebelahan, lampunya masih menyala dan penghuninya masih belum tidur kerana bunyi siaran televisyen dapat didengar dengan jelas.

Suami saya mengetuk pintu rumah pegawai yang bertugas tetapi tiada jawapan. Mungkin benar beliau tiada di rumah, tapi saya pasti mesti ada pegawai lain yang menggantikannya bertugas pada malam itu.

Apa yang sangat saya kesali, semua penghuni rumah lain yang asalnya sedang menonton TV, tiba-tiba segera memadamkan TV mereka dan berpura-pura tidur apabila mendengar kami mengetuk pintu dan memanggil pegawai yang bertugas.

Mereka cuba mengelak diri untuk membantu. Saya amat terkilan dengan sikap mereka.

Memandangkan keadaan anak saya yang semakin sukar bernafas maka kami telah berkejar ke klinik yang dibuka 24 jam di Meru.

Saya amat berharap pihak Kementerian Kesihatan dapat memantau klinik tersebut. Sikap mereka amat tidak wajar kerana ia melibatkan nyawa pesakit. Harap perkara ini tidak berulang.

– IBU KESAL,

Bandar Puncak Alam,

Kuala Selangor.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: