16 Jan

Surau Al-Furqan lahirkan bilal pelapis

Oleh: WAN RAHIMAH DRAMAN

LAUNGAN azan yang berkumandang pada setiap kali masuk waktu solat fardu begitu sinonim dengan peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh para bilal atau muazin.

Biarpun masa bersolat itu telah ditetapkan tempoh waktu untuk mengerjakannya, namun azan yang dilaungkan di corong-corong pembesar suara sama ada di masjid dan surau-surau mahupun radio dan televisyen tetap dinantikan oleh orang muslim.

Laungan untuk mengingat, menyeru dan mengajak setiap mukmin untuk bersegera melaksanakan ibadah yang difardukan itu sudah menjadi kewajipan terutama di kawasan penempatan yang dihuni oleh orang Islam.

Malah kesyahduan alunan azan yang dilaungkan para bilal sering memberi hidayah dan nur kepada mereka yang tidak beriman untuk turut terpanggil bagi mendekati, memahami dan beramal dengannya.

Lazimnya, bilal masjid dan surau-surau yang mengalunkan azan adalah terdiri daripada kalangan mereka yang telah berusia.

Menyedari kekurangan tersebut serta pentingnya laungan azan dan peranan bilal, kariah Surau Al-Furqan Fasa Dua Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor mengadakan pertandingan azan peringkat remaja.

Program yang julung kali diadakan itu bukan sahaja untuk melatih dan mendedahkan kalangan remaja dengan kemahiran dan teknik melaungkan azan, tetapi turut bermatlamat untuk membentuk pelapis bagi tugas bilal di surau berkenaan serta menjinakkan remaja dengan aktiviti ibadah di surau.

Pengerusi Jawatankuasa Kariah Surau Al-Furqan, Zakaria Mustafa berkata, program yang diadakan khusus untuk anak-anak ahli kariah surau Fasa Dua Bandar Puncak Alam itu menarik penyertaan di luar jangkaan.

“Lebih 50 orang remaja berusia tujuh hingga 15 tahun hadir menyertai uji bakat, tetapi hanya 40 peserta yang dapat kami pilih,” katanya yang menjadikan nada suara, vokal, tajwid, disiplin dan pakaian berkualiti sebagai prasyarat pemilihan.

Menurutnya, juara pada pertandingan tersebut akan didedahkan dengan tugas-tugas sebagai bilal di surau berkenaan dari masa ke masa sebagai daya penarik golongan remaja ke surau.

Pada pertandingan tersebut, Khairul Nizam Roslan dan Amir Haziq Abdul Razak masing-masing dipilih sebagai juara azan remaja dan kanak-kanak Surau Al-Furqan Fasa Dua.

Khairul Nizam, 13, yang mempunyai kelunakan suara bernada nyaring, jelas dan menepati hukum-hukum tajwid dalam lafaz azannya mengutip markah tertinggi iaitu 81 peratus.

Amir Haziq, 12, pula memperoleh markah 74 peratus untuk muncul johan kategori peserta kanak-kanak.

– Utusan Malaysia

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: