Sekitar mesyuarat PPSA2 pada 5 Jul 09

5 Jul

Sekitar mesyuarat yang diadakan pada 5 July 09.
Lagi gambar, sila klik sini.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PPSA2 KALI KE 5, 2009

2 Jul
Persatuan Penduduk Shah Alam 2 (PPSA2) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 5, tahun 2009. Pada mesyuarat ini juga ahli-ahli yang berdaftar akan memilih Ahli Jawatan Kuasa (AJK) untuk sesi tahun 2009 / 2011 bagi menggantikan AJK sesi 2007 / 2009 yang tamat tempoh perkhidmatan mereka. Perincian mesyuarat ini adalah seperti berikut :

Tarikh : 5 Julai 2009 ( Ahad )

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Dewan Gemilang, SK Puncak Alam 2

Mesyuarat Agung Tahunan kali ini dijangka diresmikan oleh Yang Di Hormati En Ahmad Rosham Muhammad, Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor.

Semua ahli PPSA2 dan warga penduduk Shah Alam 2 di jemput hadir bagi menjalankan tanggungjawab bermasyarakat di Shah Alam 2.

Sukan Rakyat PPSA2 pada 21 June 2009

23 Jun

Suasana kemeriahan Sukan Rakyat Shah Alam 2. Mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk setempat.

Hari Karnival Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2

16 Jun

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin memaklumkan bahawa PIBG dan Kelab Guru Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2 (SKPA2) akan mengadakan Hari Karnival Sekolah bermula pada 27/6/2009 (Sabtu jam 3 petang) sehingga 28/6/2009 (Ahad) di perkarangan SKPA2.

Sehubungan dengan itu dipohon kepada semua warga penduduk Shah Alam 2 supaya dapat bersama-sama hadir meraikan dan memeriahkan program yang bakal berlangsung. Sumbangan daripada semua amat diharapkan bagi membantu menambahkan tabung PIBG SKPA2 seterusnya dapat disampaikan kembali kepada anak-anak kita melalui aktiviti dan program yang dirancang dari masa ke semasa.

Sekiranya ada dikalangan warga penduduk Shah Alam 2 yang dapat membantu mencari penaja bagi sumbangan program tersebut (termasuk daripada pihak luar, agensi kerajaan, swasta, korporat dan sebagainya) bolehlah berhubung terus dengan saya atau Setiausaha PIBG, cikgu Hairi (019-2311178).

Kerjasama, sumbangan dan bantuan daripada semua amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Rosham Muhammad
YDP PIBG SKPA2
HP: 016-6500991

PERTANDINGAN KAROM & CONGKAK 2B5 MERIAH

15 Jun

Fasa 2B5, Shah Alam 2 (14 Jun 2009 ) – Pada jam 9.00 pagi Ahad lepas, Jawatan Kuasa Penduduk 2B5 telah menganjurkan pertandingan karom dan congkak yang berlansung dirumah No 2 Lorong Az-Zahrah 10/17 iaitu rumah En Ali Abdul Latiff ( Pengerusi JKP 2B5 ). Seramai lebih kurang 50 penduduk 2B5 menyertai program pertandingan yang berbentuk santai dan riadah ini. Pelancaran program ini dilakukan oleh Pengerusi PPSA2 iaitu En Ahmad Zabidi Zainal Abididn.

Pertandingan ini berjalan dengan lancar dan diselangi denga hilai ketawa peserta yang terlibat. Syabas JKP 2B5 kerana meneruskan tradisi penganjuran program yang mengeratkan lagi siraturrahim sesama jiran tetangga. Berikut adalah senarai pemenang :

Juara Congkak – Puan Norlaili Bt Lot
Kedua – Puan Azleen Syafina
Ketiga – Puan Ruby
Keempat – Puan Jamilah
Juara Remaja Perempuan – Adek Wani

Juara Karom – Azami Mohamad
Kedua – Puan Salmah
Ketiga – En Nazri Abduulah dan Razak Ahmad

Juara Bergu Karom – Bergu En Lizam/ En Hamdan
Kedua – Bergu En Razak/ En Ali
Ketiga – Bergu En Azami/En Aizal
Keempat – Bergu En Nazri/Puan Salmah

Tahniah kepada pemenang.